Sunday, 20 December 2015

Tarikh Pembayaran dan Kadar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M mulai tahun 2016. Pembayaran BRIM telah dinaikkan manakala satu lagi kategori baharu telah diperkenalkan. Dalam kategori baharu BR1M, penerima BRIM yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, BR1M dinaikkan daripada RM950 kepada RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM750 kepada RM800. BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400. BR1M bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan. Pembayaran BR1M 2016 akan dibayar secara ansuran empat kali berturut.
BR1M-2016
Pengumuman Permohonan & Kemaskini BRIM 2016
Permohonan dan kemaskini BRIM 2016 kini dibuka mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015.
Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online
Pemohon sedia ada yang pernah menerima BR1M wajib membuat kemaskini maklumat peribadi BR1M 2016. Sila klik Kemaskini Borang BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Daftar Baru BR1M 2016 Pengguna Baru
Bagi yang belum pernah melakukan permohonan BR1M, Sila layari Borang Permohonan BRIM 2016 Online
Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016 (Rasmi)

pembayaran
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada 28 Januari 2016

No comments:

Post a Comment