Sunday 20 December 2015

 Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa
Kampung Melayu Majide
My Photo 




     Ditubuhkan secara rasmi pada 24 Mac 1957 dengan jumlah murid seramai 75 orang. Dua buah kelas sahaja yang dibuka bagi darjah 1 dan 2. Pada ketika itu, sekolah agama ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kg. Melayu Majidi pada sesi petang. Sekolah tersebut kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Mohd. Khir Johari yang terletak di Jalan Sekolah Kg. Melayu Majidi.
Guru Besar yang pertama ditugaskan di sekolah agama ini ialah Ustaz Haji Mohd Zain bin Abdul. Beliau memegang jawatan sebagai guru besar dan guru menunggal selama 2 tahun dan beliau mengajar di sekolah ini selama 3 tahun lebih dari tahun 1957 hingga 1960 .
    Pada tahun 1967, nama sekolah Agama Kampung Melayu Majidi ditukar kepada Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa yang mengambil nama sempena nama orang yang berjasa kepada Kg. Melayu. Beliau ialah Yang Berhormat Dato' Abdullah Esa (Almarhum). Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memohon ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim untuk membuka perkampungan orang – orang Melayu .
     Dato' Abdullah Esa dilahirkan pada 18 Julai 1883. Pada tahun 1902, beliau menjadi kerani di Pejabat Pos Muar pada tahun 1909. Pada 1 Jun 1930, beliau memegang jawatan sebagai Pemangku Bendahari Negeri. Dato' Abdullah Esa juga pernah bertugas sebagai Pesuruh Jaya Segamat dan Batu Pahat .
     Dilantik menjadi Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Eksekutif Negeri Johor. Beliau berpangkat kapten dalam JOHORE VOLUNTEER FORCERS ( JVF ) dan menjadi penghulu istiadat di Istana Besar Johor .
      Dari tahun ke setahun, sekolah agama ini terus berkembang dari segi fizikal, bilangan murid dan tenaga pengajarnya. Hasil kutipan derma orang ramai, sebuah bangunan separuh kekal mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar telah dapat didirikan pada tahun 1967. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh wakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor iaitu Yang Berhormat Encik Sairan bin Sabtu , Pengerusi Kebajikan Masyarakat dan Agama Johor pada 12 Jamadil Awal 1388 bersamaan 7 Ogos 1968 .
      Pada 21 Februari 1975, satu majlis penyerahan bangunan sekolah Agama Dato' Abdullah Esa dari bangunan rakyat kepada kerajaan Negeri Johor telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Ngah bin Abdul Rahman, Pengerusi Hal Ehwal Agama Negeri Johor .
     Sekolah ini mempunyai Badan Kebajikan Islam (P.I.B.G.) yang dianggotai oleh 14 orang ahli jawatankuasa. Badan Kebajikan ini ditubuhkan pada tahun 1992. Tuan Haji Salleh bin Kemin merupakan Pengerusi Badan Kebajikan yang pertama. Pada tahun 2001, Tuan Haji Kamdi bin Haji Kamil pula mengambil alih tugas sebagai pengerusi Badan Kebajikan manakala Tuan Haji Salleh bin Kemin sebagai Timbalan Pengerusi serta dibantu oleh 14 ahli jawatankuasa .
     Terdapat pelbagai aktiviti dan program telah diadakan antaranya menambahkan kemudahan fizikal, keceriaan, kebajikan kepada murid dan
ibu bapa. Di antara aktiviti keagamaan yang diadakan ialah majlis sambutan hari kebesaran agama, kelas Fardu Ain, kelas Al Qur'an, kursus Haji dan Umrah , Motivasi pelajar, guru – guru serta ibu bapa, Majlis Khatam Al – Qur'an, Hari Keusahawanan dan Majlis Berkhatan .
      Badan Kebajikan Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa telah membina sebuah bangunan tiga tingkat berukuran 60 ' x 30'. Bangunan ini akan dikenali sebagai Bangunan Teknologi Maklumat (Blok I.C.T.). Bangunan ini mengandungi 2 buah kelas Tadika Agama Johor ( TAJ ), Pusat Sumber, Bilik Guru Penolong Kanan, Perpustakaan serta Bilik Tayang .
        Usaha untuk menjayakan projek ini, satu dana berjumlah 500 RIBU RINGGIT telah dikumpulkan sejak 1998. Sumbangan yang diperolehi adalah dari kalangan ibu bapa, individu, ahli korporat serta syarikat– syarikat dan juga dari orang ramai .
Hasil kutipan derma tersebut bangunan tersebut telah mula beroperasi pada tahun 2001 dan telah siap dengan jayanya pada tahun 2003.

P/S: Ini la sekolah pertama aku kenal erti tauhid ibadat tajwid muamalat dan banyak lagi kitab lain kenal solat ...banyak kenangan kat sekolah ni yang penting jangan tertinggal lencana sekolah tu kalu pi sekolah agama ni satu lagi sebelum masuk ke kelas ade sorang ustaz ni akan cek kuku korang kalau panjang siapla kene ketuk dengan rotan....nasib ko la...
     

No comments:

Post a Comment