Sebelum kita pergi bercuti ke tempat yang jauh sudah tentu kita akan servis kenderaan yang kita pandu
Maklumat ni berguna untuk sumue orang. Jadi
SPSB post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.
Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi
kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical
sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah
nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...
4.
bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara
penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan
sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun
bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak
ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa.
Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak
barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH,
CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Aku
ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai
kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal
bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat
dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori
yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg
lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la
citernya!
5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton
wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai
160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu,
depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa
keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!
6.clutch
plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut
pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping"
berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak
terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!
7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8.Air
Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada
mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi
mampu dibersihkan.
9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak
ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut
setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada
mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan
(contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO
gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak
perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk
kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++.
Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang
dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10.Gear Oil - untuk mereka yg
pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai
Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11.Brake Fluid
dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru
setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku
tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah
aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!
12.Radiator Coolant
-sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar
sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air
paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak
mudah mendidih!
13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni
perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar
sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator
mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana
belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya
dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut.
Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt
ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut
"km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan
pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata
"preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu
belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu
mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa
akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive
Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit
sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu
ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....
Contohnya-
kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti.
Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu
kita tidak mampu mengikutnya!
Okies..bye*********
Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-
Minyak
hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6
bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh
elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam.
Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm
mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol
minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik
botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di
stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai
spare part yg kita beli tu.
Minyak gear manual ditukar setiap
40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta
atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta
lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap
20,000km. Sama mcm di atas.
Flush? kalau dlm buku takde kata -
maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar
tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat
guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi
aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab
aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah
takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt,
power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila
nampak crack.
Water pump - ditukar apabila menukar timing belt
utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka
apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok
tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water
pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor
charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu
masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau
spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab
piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring
haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira
major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area
tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket.
Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
Biasanya
top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka
lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la
jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang
mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama.
Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double.
Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu
camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
Pada
asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di
dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya
pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar
jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala
cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and
tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.
Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu
antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita
perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.
Sesetengah
pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt
padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga
enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96
dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai
100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik
masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer
ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi
spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan
zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing
belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya
menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
Model
seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru
generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui
enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah
500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya
mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing
dan segalanya pulih spt sedia kala.
Sumber: Forum kereta